Ini kata-kata khusus untuk kawan-kawan yang ada masalah dalam diri masing-masing secara sedar atau tidak sedar. Luahan ini dari saya kepada diri kalian.
1. Tutuplah aurat sebagai bukti ketaatan kepada Allah.
Aurat itu petanda malu.
Tidak tutup aurat maka tidaklah malu,
kerana malu itu perisai orang -orang yang beriman....
2. Bila diri tidak lakukan kerja dgn ikhlas dan baik, maka ramai la org menerima kesusahan dr kesalahan yg dibuatnya.
Jika diri lakukan dgn kasih sayang dan berdisiplin maka ramai lah org menerima faedah dr keuntungan yg dibuatnya...
Renung-renungkan lah wahai kawan-kawan yang baru berkerja setahun jagung...
3. Kekadang kita lupa dan taksub apabila kita sanggup berkorban Untuk sesuatu yang BELUM lagi menjadi milik kita. Tapi kita lupa untuk berkorban keatas diri Nya yang memang telah memiliki kita.... Renung2kan dan Selamat berjihat....:-)
Jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah An-Nahl : 18)